Ramai majikan SME menganggap urusan gaji hanya melibatkan pembayaran kepada pekerja setiap bulan.
Hakikatnya, apabila sesebuah perniagaan mempunyai pekerja, majikan mula tertakluk kepada dua skop pematuhan yang berbeza:
✅ Pematuhan pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
✅ Pematuhan percukaian di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Kedua-duanya mempunyai fokus dan fungsi yang tidak sama.
Ramai majikan tidak sedar bahawa sesuatu yang dianggap “ok” di satu sudut, belum tentu dianggap patuh dari sudut yang lain.
Antara perkara yang biasanya berada di bawah skop Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ialah:
■ Gaji dibayar tepat pada waktunya
■ Pematuhan gaji minimum
■ Slip gaji pekerja
■ Rekod kehadiran dan waktu kerja
■ Bayaran kerja lebih masa (OT)
■ Cuti pekerja
■ Kontrak pekerjaan
■ Rekod pekerja
Contohnya:
Majikan membayar gaji pekerja tepat pada masanya setiap bulan dan menyediakan slip gaji yang lengkap.
Dari sudut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, ini merupakan salah satu aspek pematuhan yang penting.
Namun perkara seperti ini biasanya bukan fokus utama semakan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Begitu juga dengan isu gaji minimum.
Sekiranya pekerja sepatutnya menerima gaji minimum tetapi dibayar lebih rendah, perkara tersebut lebih berkait dengan pematuhan pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia — dan bukan fokus utama semakan percukaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Sebaliknya, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia lebih memberi perhatian kepada perkara seperti:
✅ Potongan PCB
✅ Pelaporan pendapatan pekerja
✅ EA Form
✅E Form majikan
✅Rekod pembayaran gaji
✅Manfaat pekerja
✅ Ketepatan rekod kewangan dan dokumentasi
Sebagai contoh:
Walaupun majikan membayar gaji tepat pada masanya, sekiranya PCB tidak dipotong dengan betul atau rekod bayaran tidak lengkap, perkara tersebut masih boleh menimbulkan isu dari sudut percukaian.
Begitu juga apabila bayaran dibuat secara tunai, berperingkat atau “runcit-runcit” tanpa rekod yang jelas.
Dari sudut operasi, majikan mungkin merasakan semuanya berjalan seperti biasa.
Tetapi dari sudut percukaian, keadaan tersebut boleh menyukarkan proses pembuktian sekiranya berlaku semakan.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak menjalankan semakan dengan perspektif yang sama kerana fungsi setiap agensi juga berbeza.
Sesuatu perkara mungkin mematuhi satu aspek, tetapi masih mempunyai kelemahan pada aspek yang lain.
Contohnya:
■ Gaji dibayar tepat waktu → baik dari sudut pekerjaan
■ Tetapi tiada rekod PCB → risiko dari sudut percukaian
Atau:
■ Rekod bayaran lengkap untuk tujuan cukai
■ Tetapi struktur gaji tidak mematuhi syarat pekerjaan tertentu → boleh menimbulkan isu lain
Pengurusan gaji yang baik melibatkan lebih daripada sekadar memastikan pekerja menerima bayaran.
Ia juga melibatkan:
✅rekod yang jelas
✅struktur gaji yang tersusun
✅dokumentasi yang konsisten
✅pemahaman terhadap kewajipan majikan
Ramai majikan hanya mula memberi perhatian apabila masalah mula berlaku.
Sedangkan dengan sistem yang lebih teratur sejak awal, banyak risiko sebenarnya boleh dikurangkan.